Saturday, 4 November 2017

CARA MENGAWAL KANAK-KANAK ADHD DENGAN BAIK

APA ITU ADHD??



ADHD adalah singkatan daripada ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVE DISORDER, sesuatu keadaan yang juga dikenali sebagai Attention Deficit Disorder (sukar memusatkan perhatian), Minimal Brain Disorder (mempunyai masalah kecil pada otak), Minamal Brain Damage (kerosakan kecil pada otak), Hyperkinesis (terlalu banyak bergerak atau aktif), dan Hyperactive (hiperaktif).

ADHD juga merupakan gangguan yang biasa ditemui di kalangan kanak-kanak dan boleh berterusan sehingga usia remaja dan dewasa. Kanak-kanak yang mempunyai gejala ADHD biasanya sukar untuk memberi perhatian, bersifat terlampau aktif (hiperaktif) dan sukar mengawal tingkah laku.

Menurut satu kajian ke atas kanak-kanak di Malaysia yang berumur antara 5-15 tahun seramai 3% hingga 5% dari golongan tersebut mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebiasaanya kanak-kanak lelaki lebih berisiko untuk mendapat ADHD berbanding kanak-kanak perempuan.




PUNCA kepadanya ADHD:

  • PENGAMBILAN GULA YANG BERLEBIHAN


         Secara biologikal, kewujudan ciri-ciri hiperaktif adalah disebabkan oleh pengambilan gula yang berlebihan daripada kapasiti yang mengakibatkan tindak balas (rangsangan) otak terhadap otot dan fungsi anggota badan. Umumnya kanak-kanak lebih cenderung terhadap pengambilan gula-gula, makanan ringan dan makanan ruji tanpat kawalan dan perhatian ibu bapa

  •  FAKTOR GENETIK

         Faktor genetik adalah faktor dari keturunan atau baka daripada ibu bapa kanak-kanak terbabit. Walaupun ibu bapa tidak mengalami ADHD tetapi mereka boleh menyebabkan anak mereka mempunyai gejala sebagai akibat gangguan darah.

  • PENGAMBILAN ROKOK SEBELUM DAN SEMASA MENGANDUNG

      Apabila ibu yang mengandung merokok,  janin akan mengalami kekurangan oksigen kerana pembuluh darah mengecut. Karbon monoksida yang disedut akan bertambah dan hal ini akan meningkatkan paras karbon dalam haemoglobin ibu. Keadaan ini boleh mengurangkan pengoksigenan darah dan seterusnya janin akan mengalami kekurangan bekalan oksigen. Apabila kekurangan oksigen berlaku kepada janin, kecacatan pada saraf di dalam otak akan berlaku setelah bayi dilahirkan.

  • PENGAMBILAN ARAK/ALKOHOL


       Pengambilan arak semasa hamil akan memudahkan arak menembusi tali pusat terus ke janin. Terdapat beberapa jenis ketidaklaziman (abnormalities) pada kanak-kanak yang terdedah kepada arak semasa dalam kandungan. Antaranya adalah kerosakan fungsi sistem saraf termasuk 'mikrosefali’,
kecacatan, bayi cepat marah/mudah tersinggung dan hiperaktif semasa kanak-kanak.

  • TEKANAN EMOSI

       Tekanan emosi yang seperti dinyatakan adalah kemarahan yang amat sangat dan terlampau bimbang akan sesuatu. Situasi yang menyebabkan ibu mengamdung tertekan akan merangsangkan penghasilan hormon adrenalin ibu
dan boleh menyebabkan darah daripada rahim mengalir ke anggota-anggota tubuh yang lain. Oleh itu, darah yang mengalir ke dalam rahim akan berkurangan dan hal ini boleh menyebabkan kekurangan bekalan oksigen pada janin. Pergerakan janin juga akan meningkat apabila ibu mengalami tekanan emosi yang kuat.

  • FAKTOR CUACA

         Cuaca yang terlampau panas juga akan merangsang atau mengakibatkan kanak-kanak ADHD menjadi lebih agresif. Hal ini demikian kerana apabila suhu badan mereka meningkat, otak akan merangsang otot-otot dan fungsi badan mereka menjadi lebih aktif. Keadaan ini juga boleh menyebabkan kanak-kanak ADHD selalu dilabelkan sebagai kanak-kanak yang tiada disiplin kerana tidak dapat mengawal pergerakan badan mereka serta tidak dapat menumpukan perhatian atau gagal menyiapkan sesuatu tugasan.





CIRI-CIRI ADHD:
       Kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan ADHD mempunyai beberapa kategori yang boleh dikesan oleh ibu bapa dan guru. Kategori tersebut ialah HIPERAKTIF, TIADA TUMPUAN, dan IMPULSIF. Di dalam setiap kategori ini kanak-kanak ADHD akan menunjukkan ciri-ciri tertentu dalam beberapa persekitaran seperti di rumah dan sekolah.


i. HIPERAKTIF:
         * Kerap menggerakkan kaki dan tangan menggeliat di tempat duduk
         * Suka berlari ke sana dan ke mari dengan melampau dalam situasi yang           tidak sesuai
         * Bercakap tanpa henti atau terlalu banyak bercakap
         * Menyentuh atau bermain dengan apa sahaja benda yang dapat dicapai
         * Tidak boleh duduk setempat semasa makan
         * Kerap mengahadapi masalah bermain atau melakukan aktiviti riadah              secara senyap. Contoh, mereka tidak tahu masa yang seharusnya perlu diam dan atau masa perlu bercakap.

ii. TIADA TUMPUAN

+ Sukar memberikan tumpuan kepada butir-butir tertentu yang diberikan dalam melakukan sesuatu tugasan
+ Mempunyai masalah mempertahankan tumpuan dan perhatian dalam melakukan sesuatu tugasan (kanak-kanak berumur 6 tahun sekurang-kurangnya boleh menumpukan perhatian selama lebih kurang 15-20 minit)
+ Gagal mengikut arahan dan melengkapkan atau menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah.
+ Sering kehilangan benda yang perlu untuk menyiapkan sesuatu tugasan
+ Selalu menghadapi masalah untuk menguruskan dan mengelola aktiviti atau kerja dengan sendiri. Perlu ada individu untuk mengawasinya agar tidak membuat kerja separuh jalan.
+ Sering kehilangan benda yang berkaitan dengan kerja. Hal ini boleh dikaitkan dengan dengan sifat mudah lupa atau tidak dapat mengingati sesuatu atau apa yang telah dilakukan
+ Cepat bosan sehinggakan sering berganti aktiviti dalam satu tempoh masa yang singkat

iii. IMPULSIF (sifat keburuan)
         @ Mempunyai sifat kurang sabar
         @ Selalu memberikan jawapan terlebih dahulu sebelum soalan diajukan              sepenuhnya
         @ Sering membuat pertimbangan yang salah. Tidak dapat membezakan              sesuatu perkara tersebut sama ada betul atau salah.
         @ Menunjukkan emosi tanpa tapisan
         @ Sering mencelah perbualan atau mengganggu aktiviti lain. Hal ini                    kerana mereka cuba bertindak seperti bossy atau sebagai ketua.




Seperti yang sedia maklum, ADHD boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak. Kekurangan DOPAMINE iaitu sejenis neurotransmitter yang bertanggungjawab menghantar isyarat antara sel saraf otak dikatakan punca gejala ADHD. DOPAMINE ialah bahan kimia otak yang mempunyai hubung kait yang kuat dengan gejala ADHD.
DOPAMINE memberi kesan kepada keupayaan kita untuk:
= fokus
= memberi perhatian
= bermotivasi
= menurut arahan dan menjalankan tugasan
Sekiranya dopamine kurang di dalam otak seseorang maka individu tersebut boleh cenderung untuk mengalami gejala ADHD.


CARA TERBAIK UNTUK MENGURANGKAN GEJALA ADHD adalah dengan MENINGKATKAN PARAS DOPAMINE DALAM OTAK iaitu dengan PENGAMBILAN LEMAK OMEGA 3





Dalam suatu kajian, sekumpulan kanak-kanak lelaki yang mempunyai masalah ADHD dengan tidak mempunyai masalah ADHD yang berusia antara 8-14 tahun. Mereka diberikan sama ada placebo atau 10g merjerin (mengandungi 650mg DHA/EPA) selama 16 minggu.

Hasil daripada kajian yang dilakukan, kanak-kanak lelaki yang mengambil supplemen OMEGA-3 menunjukkan pengurangan dalam gejala ADHD. Menuruk kajian itu lagi, peningkatan dalam tumpuan dapat dilihat pada kedua-dua kanak-kanak yang mempunyai masalah ADHD dengan tanpa ADHD. Akan tetapi kesan lebih ketara pada kanak-kanak yang mempunyai masalah ADHD.



TESTIMONI PENGGUNA OMEGA-3 UNTUK ADHD:






Maklumat lanjut dialu-alukan untuk menghubungi saya
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
https://www.facebook.com/nabilah.faten
WHATSAPP 60197580796
TELEGRAM 0197580796

PILIHAN DI TANGAN ANDA πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

No comments:

Post a Comment